Paku Pontianak (2013)

532
-
Rates : 0

Paku Pontianak 2013 HDTV 720p x264
Selepas kejadian ADAM terlanggar seorang gadis yang bernama MELATI, dia dan keluarganya mengambil keputusan untuk membela gadis yang tidak ingat asal-usulnya itu. Kehadiran Melati juga telah menimbulkan amarah SERI, gadis kampung yang begitu mengimpikan Adam menjadi suaminya. Setahun berlalu, Melati masih tidak ingat apa-apa tentang dirinya, dan masih menumpang di rumah keluarga Adam. Jadi FATIMAH pun membuat keputusan, menyuruh anak lelakinya Adam, berkahwin dengan Melati bagi mengelak fitnah orang. Adam dan Melati pula memang sudah menyimpan perasaan cinta dalam diam dan bersetuju untuk berkahwin. Lagi bertambah marah dan benci dalam diri Seri terhadap Melati. Sudahlah menumpang kasih di rumah orang, lepas itu merampas Adam daripadanya. Tanggapan Seri tersebut telah membawanya berjumpa seorang bomoh untuk menyihir Melati. Sejak daripada itu, rumahtangga Adam dan Melati bagaikan ada sesuatu yang tidak kena. Sehinggakan PAK LEH bapa saudara Adam dapat merasakan keanehan pada diri Melati. Adam dan keluarganya mula yakin yang ini semua kerja Seri. Melati makin hari makin kelihatan pelik dan aneh ditambah pula dia sering histeria. Pak Leh bagaikan sudah tahu apa jawapan ke atas kesakitan yang sedang berlaku terhadap Melati. Adam turut merasakan perubahan terhadap Melati, sehingga dia terpegang pada satu bonggolan di bahagian leher Melati. Dia syak, mungkin itu kerja Seri. Namun Pak Leh pula berani menyatakan bahawa Melati sebenarnya adalah Pontianak. Adakah benar Melati seorang pontiank? Adakah ia disebabkan sihir daripada Seri?

Shares