Please disable any ad-blocker you are using in your browser.

Lari (2013)



REPORT BROKEN VIDEOS


1208
-
66%
Rates : 3

Lari 2013 HDTV 720p x264
KHALIF (AARON AZIZ) seorang bekas askar, yang tidak lagi berkhidmat dalam bidang ketenteraan, mendapat berita yang mengejutkan apabila bapanya telah mati dibunuh dan adiknya telah dilarikan oleh sindiket penyeludupan manusia. Semuanya bermula, apabila KHALIF pulang ke kampung, dan melihat orang ramai berada di rumahnya. Bila dihampiri, dia mengetahui bahawa bapanya telah dibunuh oleh sindiket, manakala adiknya, INA (ERIN MALIK) telah dilarikan, kerana membalas perjanjian yang tidak jadi antara bapanya dan kumpulan sindiket berkenaan. Berdasarkan pengalaman yang pernah didapati dari latihan ketenteraan dahulu, naluri KHALIF, ingin mengetahui apa yang terjadi kepada keluarganya. Ini menyebabkan dia mula menyiasat apa yang berlaku, dan mula menemui petunjuk kepada kejadian tragik yang berlaku. Dalam masa yang sama KJ (Ery Putra) tidak menyenangi kehadiran KHALIF di kampung, kerana masih berdendam atas kejadian yang berlaku dahulu, di mana KHALIF merupakan buah hati isterinya MAYA (DIRA ABU ZAHAR). Kepulangan KHALIF juga, membuat MAYA cukup bersimpati dengan apa yang terjadi, dan membuat MAYA ingin membantu KHALIF dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Pertemuan itu menyebabkan KJ semakin membenci KHALIF. Petunjuk mengenai kejadian tragik yang berlaku membawa KHALIF memulakan perjalanan dalam mencari jawapan. Ketika tiba di perhentian keretapi, KHALIF merasakan kehadiran ahli sindiket, menyebabkan berlaku pergaduhan dan dia cuba untuk lari, dan bertemu dengan seorang pemandu teksi TAUGEH (HAZAMA AZMI), yang memang telah lama mempunyai impian untuk menjadi seorang wira. Sejak itu, KHALIF dan TAUGEH bergandingan dalam mencari jawapan kepada apa yang berlaku kepada bapanya dan juga INA. Kepulangan KHALIF dan TAUGEH ke kampung semula, telah menyebabkan MAYA ingin bersama mereka untuk menyelesaikan masalah yang berlaku. Ketika itu juga, KHALIF mendapat petunjuk bahawa sindiket itu didalangi oleh penyeludup dari negara seberang dengan rakan subahat iaitu KJ. Ini telah menyebabkan KHALIF bersemuka dengan KJ untuk mengetahui di mana INA disembunyikan. Akhirnya KJ memberitahu mengenai hal sebenar. KHALIF, TAUGEH dan MAYA telah menuju ke sempadan dengan niat untuk melepaskan INA dari cengkamana sindiket. Di situ, KHALIF mengetahui bahawa adiknya telah dijadikan pelacur oleh sindiket penyeludupan manusia. Pelbagai rintangan telah dihadapi oleh KHALIF, TAUGEH juga MAYA dalam usaha melepaskan INA, yang akhirnya membawa kejayaan. Akhirnya, INA berjaya dilepaskan dari sindiket penyeludupan manusia, manakala hubungan yang pernah terputus antara MAYA dan KHALIF, kembali terjalin. TAUGEH terus menjadi teman kepada KHALIF.

Comments

comments

Leave a Comment

Shares