Anugerah Dendam Yang Terindah (2013)

Anugerah Dendam Yang Terindah berkisar mengenai Azman (30an) seorang anak yang terkilan dengan sikap ibunya yang lebih memberi perhatian kepada adiknya, Aril (lewat 20an) dalam segala hal. Azman membawa diri ke Australia untuk belajar sambil bekerja setelah kecewa kekasihnya, Izatul ditunangkan dengan Aril. Suatu hari, Izatul yang sedang hamil datang memujuk Azman supaya balik menjenguk ibunya dan Aril yang sekarang sudah lumpuh. Dari situ, satu demi satu rahsia terbongkar.