Please disable any ad-blocker you are using in your browser.

Adnan Sempit 3 (2013)



REPORT BROKEN VIDEOS


1057
-
100%
Rates : 3

Kisah cinta penuh ranjau antara pasangan ADNAN-NADIA dan BOBBY-WAWA akhirnya bertemu jalan indah, apabila mereka berkahwin dengan pasangan masing-masing. Pelbagai persediaan yang telah mereka lakukan untuk menjadikan malam pertama mereka berjalan dengan lancar, bermacam-macam cara dan petua yang digunakan oleh mereka sehingga menimbulkan kelucuan. Masalah mulai berlaku apabila NADIA dan WAWA sama-sama didapati mengandung. Sehubungan itu, ADNAN turut mengalami alahan yang teruk akibat kehamilan isterinya. Sementara itu, BOBBY pula menghadapi masalah kewangan untuk membiayai kos isterinya bersalin. NADIA yang asyik moody dan berbaran sepanjang tempoh ianya mengandung juga turut menjejaskan hubungannya dengan ADNAN, yang merasakan dirinya terpinggir. Masalah mulai bertambah besar apabila ADNAN dihantar ke Melaka bagi pihak bapa mertuanya, untuk menguruskan kerja-kerja pra-pelaburan yang berkaitan dengan pengeluaran mee segera (Mamee) bapa mertuanya dengan sebuah kilang. Di kilang yang sama, ADNAN telah berkenalan dengan ZITA, seorang gadis yang mempunyai minat yang sama dalam sukan permotoran. Kerana masalah yang dihadapi ditambah pula dengan rasa kesunyian, ADNAN banyak meluangkan dan menghabiskan masanya dengan ZITA. Perhubungan mereka akhirnya telah disalahsangka oleh NADIA, sehingga menyebabkan hubungan mereka mungkin akan berakhir begitu sahaja. Nasib malang yang sama juga turut menimpa BOBBY, apabila dia terpaksa mengingkari janjinya pada WAWA dan melibatkan dirinya dalam perlumbaan haram untuk mendapatkan wang bagi membiayai kos rawatan isterinya. Apabila perbuatan itu telah diketahui WAWA, wanita itu turut memberikan kata putus untuk berpisah dengannya. Akibat perbuatan ADNAN yang dingin terhadap BOBBY, BOBBY telah memberitahu NADIA berkenaan hubungan sulit antara ADNAN dan ZITA. NADIA naik berang lalu menyerang ADNAN dan ZITA di sebuah hotel. Semasa pergaduhan antara ADNAN dan NADIA, tiba-tiba NADIA dan WAWA mengalami sakit perut dan dikejarkan di hospital oleh ADNAN dan BOBBY dengan menaiki motosikal. Namun demikian, NADIA dan WAWA mengambil keputusan untuk ke hospital sendiri dan merampas motosikal ADNAN.

Comments

comments

Leave a Comment

Shares